BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, April 22, 2010

SALAM 1MALAYSIA................................

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..
Saya NORFARAHIN atau nama panggilan sebagai FARA ingin berkongsi cerita kepada anda semua di dalam BLOG saya ini tentang CUTI-CUTI MALAYSIA.Tempat yang saya pilih untuk dikongsikan dengan anda semua ialah keseronokan mengunjungi RIVER CRUISE yang terletak di negeri Melaka negeri dan bandar yang penuh dengan bersejarah.Negeri Melaka terdapat banyak tempat pelancongan seisi keluarga seperti A'FAMOSA WATER WORLD,ZOO MELAKA,TAMAN RAMA-RAMA,TAMAN BUAYA dan banyak lagi.Tapi destinasi yang saya pilih dalam blog saya adalah mengunjungi River Cruise.

Pengenalan River Cruise

Selamat datang ke River Cruise Malacca.Apa yang saya nak ceritakan tentang River Cruise ni adalah ia dirasmikan pada 11November 2005 dan mula beroperasi pada 18 Februari 2008.Di sini kita akan menaiki bot yang panjang dan boleh memuatkan seramai 30orang yang menaikinya.Bot ini akan membawa para penumpang melalui sungai Melaka dalam masa yang agak lama kira-kira 45minit.Sepanjang perjalanan penumpang akan dimaklumkan oleh radio yang telah diset untuk memberitahu tentang sejarah sungai ini dalam dua bahasa iaitu bahasa kebangsaan kita bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Bahasa Inggeris digunakan untuk para pelancong asing yang menaiki bot ini.Sepanjang perjalan anda akan dapat melihat rumah Tradisi Melaka dulu yang dijaga dan didiami oleh penduduk tempatan di situ.Anda juga dapat melihat roda air,kapal Samudera,Menara Taming Sari dan juga kecantikan lampu-lampu di persisiran sungai pada waktu malam.River Cruise ini bardekatan dengan tempat-tempat yang baru sahaja di sebut tadi.Jadi setelah para pelancong penat bersiar-siar di tempat yang seronok itu mereka boleh menaiki River Cruise ini bersama keluarga tersayang untuk merhatkan badan seketika sambil mengenali lebih lanjut tentang sejarah yang terdapat di sungai Melaka.

Pesta Air Sungai Melaka


Pesta Air sangat terkenal di Sungai Melaka kerana dapat menarik kedatangan para pelancong samada di dalam negeri mahupun luar negeri.Pesta ini diadakan di Sungai Melaka di mana tempat River Cruise membawa para pelancong menaiki bot khas melalui sungai ini untuk membawa para pelancong melihat pelbagai bangunan bersejarah,Kapal Samudera yang bersejarah,roda air dan menara Taming Sari yang boleh dilihat dari bot River Cruise ini.Anda boleh kunjungi pesta ini pada setiap tahun apabila ia diadakan di sini.Anda akan berserono dan terhibur dengan aktiviti dan acara yang diadakan.

Acara-acara Pesta Air











Gambar-gambar ini adalah antara acara atau pertandingan lain yang terlibat dalam Pesta Air.Antara gambar yang boleh anda lihat adalah seperti acara kereta kuda berhias,kareta lembu berhias dan beca berhias.Dengan kecantikan rekacipta hiasan mereka meraka dapat menarik perhatian atau minat para pekancong datang untuk memeriahkan lagi suasana di situ.

Wednesday, April 21, 2010

Bot Berhias Bersama Penumpang

Suasana dalam kapal
Terdapat pelbagai acara ketika pesta ini berlangsung antaranya gambar yang ditunjukkan di atas ialah Pakaian Tradisi antara kaum dan gambar disebelah adalah gambar bot River Cruise yang membawa para pelancong di Sungai Melaka.

Bot Berhias

Bot-bot berhias
Ini adalah bot-bot berhias yang menyertai pertandingan Bot Berhias semasa Pesta Air didakan di sungai Melaka.Pelbagai hasil kreativiti sendiri yang dihias pada bot peserta yang bertemakan Keindahan Sungai.

Jeti River Cruise

Jeti River Cruise
Ini adalah jeti yang akan para pelancong guna untuk menaiki bot.River Cruise ini terdapat 2buah jeti atau 2perhentian yang bot-bot ini akan guna.Jeti-jeti yang dibina hanya menggunakan kayu yang kukuh sahaja supaya ia akan nampak seperti klasik atau bersejarah karana sungai Melaka ini adalah sungai yang bersejarah.

Susunan Bot Penumpang

Bot-bot River Cruise
Ini adalah bot-bot River Cruise yang akan membawa para pelancong bersiar-siar di sungai Melaka.Bot ini boleh memuatkan seramai 30orang penumpang.


Ini adalah rumah tradisi yang didiami oleh penduduk tempatan.Rumah ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku tetapi dibina denga hanya menggunakan pasak.Rumah ini dapat manarik pandangan pelancong ketika menaiki River Cruise kerana bumbung rumah ini telah dilukis dengan gambar bendera Malaysia dan corak pada papan rumah ini juga kelihatan unik.

Rumah Tradisi Melaka

Kecantikan Rumah Melaka Pada Waktu Malam
Rumah Tradisi Melaka dengan sinaran cahaya yang cantik ini diambil pada waktu malam.Salah satu pada rumah ini dibina tanpa menggunakan paku tetapi hanya menggunakan pasak.Rumah ini adalah rumah Melaka asli yang telah dibina lama.Rumah ini sekarang diduduki oleh masyarakat tempatan dan ada salah satu rumah ini dijadikan sebagai muzium kepada pelancong.

Tuesday, April 20, 2010

Grafik Di Bangunan Lama

Lukisan yang cantik di bangunan lama



Bangunan lama ini sepanjang 200meter dijaga oleh penduduk tempatan.Kerajaan negeri Melaka telah mengupah beberapa pelukis yang kreatif dan mahir untuk mencantikan bangunan-bangunan lama ini.Lukisan ini sangat sempurna jika dilihat pada waktu malam kerana lampu-lampu yang cantik akan memantulkan cahaya pada bangunan yang memaparkan lukisan yang cantik dan sempurna ini.



Jika dilihat dengan teliti gambar-gambar yang dilukis ini adalah menceritakan tentang peperangan pada zaman dahulu ketika negeri Melaka dijajah oleh negara asing.

Para pelancong dapat melihat bangunan berlukis ini dengan hanya menaiki River Cruise sahaja.

Bangunan Lama Yang Diperbaharui


Pandangan dari bot dapat melihat bangunan-bangunan lama yang dijaga dengan baik dan telah diperbaharui oleh penduduk tempatan.

Setiap bangunan lama ini ada yang dijadikan sebagai muzium,restoran dan rumah.Pembaharuan bangunan lama ini dapat sambutan yang memberangsangkan kerana kreativiti mencantikan bangunan ini sungguh kreatif.

Sungai Melaka


Pemandangan indah pada waktu senja


Cahaya-cahaya lampu yang cntik ini akan dinyalakan apabila senja mula berlabuh.







Apabila waktu malam sepanjang tebing sungai akan dihiasi dengan cahaya lampu yang cantik.Ia akan membuatkan situasi bertambah seronok dan meriah dengan pelbagai warna cahaya lampu.Pada pasangan yang sedang berbulan madu situasi ini akan menjadi lebih romantik dan dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

Menara Taming Sari

Cantik.Berdiri tegak Menara Taming Sari yang dapat dilihat dari bot
Pemandangan indah pada waktu siang dengan sinaran matahari dapat dilihat jika pelancong melihat puncak menara ini.

Taming Sari Dengan Cahaya Lampu

Kecantikan Menara Taming Sari Waktu Malam
Menara ini dapat dilihat cantik pada waktu malam ketika menikmati keseronokan menaiki River Cruise.

Monday, April 19, 2010

Kecantikan Kapal Samudera Pada Waktu Malam

Sudut pandangan Kapal Samudera dari River Cruise pada waktu malam
Kapal yang tesergam megah ini sangat cantik jika dapat dilihat pada waktu malam.Pelancong dari dalam negeri mahupun luar negeri pasti barasa kagum dengan melihat Kapal Samudera berdiri teguh walaupun kapal ini dibina sudah berabad lamanya.

Kapal Samudera

Kapal Samudera
Kapal ini dapat dilihat jelas dari bot river cruise.Pelancong dapat melihat kapal ini tersergam megah dan cantik dalam mana-mana sudut pandang.Ketika menaiki River Cruise kapal ini dapat dilihat selepas melalui roda air.

Roda Air River Cruise Waktu Siang

Keindahan roda air pada waktu siang
Roda air ini kelihatan bersejarah jika dilihat pada waktu siang.Para pelancong dapat melihat dengan jelas kedudukan roda ini dan keutuhan roda ini ketika roda ini berputar.

Pemandangan Pada Waktu Malam

Keindahan roda air pada waktu malam dapat dilihat ketika menaiki River Cruise
Roda ini dapat dilihat cantik pada waktu malam dengan sinaran cahaya lampu.Para pelancong dapat menikmati keindahan roda ini ketika menaiki River Cruise.

Bercutilah Di Malaysia

Itu sahaja yang saya dapat kongsikan kepada anda semua tentang keseronokan melancong ke negeri Melaka dan mengunjungi ke RIVER CRUISE.Jika anda tidak berasa puas dengan isi-isi blog saya tentang destinasi ini anda boleh kunjungi sendiri bersama keluarga tersayang di River Cruise ini dan juga destinasi yang lain yang terkenal di negeri bersejarah ini....
Malaysia Terdapat Banyak Tempat Pelancongan Seisi Keluarga Salah Satunya Di Melaka Negeri Bersejarah.Jadi Bercutilah Anda Di Malaysia Alami Sendiri Keindahan,Keseronokan Dan Kepuasan Melancong Di Sini............